
PENGENALAN
Hari Matematik Antarabangsa (IDM) telah disambut julung kalinya pada 14 Mac 2020 setelah Persidangan Agung UNESCO di sesi ke-40 pada 26 November 2019. 14 Mac dipilih sebagai tarikh IDM kerana ia telah pun disambut di banyak negara sebagai Hari Pi, berdasarkan fakta bahawa sesetengah negara menulisnya sebagai 3/14 dan pemalar matematik Pi ialah kira-kira 3.14. Melalui pengisytiharan ini, semua negara pada setiap tahun akan dijemput untuk mengambil bahagian melalui pelbagai aktiviti berkaitan Matematik sama ada diperingkat sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun orang-orang awam. Tema yang dipilih untuk IDM2024 adalah Playing with Math dimana bermain dalam kategori ini boleh dikembangkan namun tidak terhad kepada meneroka, menemui dan bereksperimen. Oleh yang demikian, Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains dari UPM Serdang mengambil cakna akan hal ini dan merancang untuk mengadakan beberapa kategori pertandingan mengikut kepakaran para pensyarah yang terlibat. Antara pertandingan atau cabaran Matematik yang akan diketengahkan adalah Cabaran M-Bot (M-Bot Challenge). Cabaran ini memerlukan para peserta mempunyai keupayaan dalam pengaturcaraan dan kebolehan untuk membina algoritma yang bersesuaian dengan permintaan cabaran. Disamping itu juga, para peserta hendaklah mempunyai kemahiran untuk mengaplikasi pengaturcaraan tersebut terhadap perkakas eletronik yang akan dibina.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
- memupuk kebolehan menyelesaikan masalah menggunakan algoritma.
- meningkatkan kemahiran pengaturcaran dalam perisian tertentu.
- menterjemah formula Matematik ke dalam algoritma.
- membina semangat kerjasama, berpasukan dan kepimpinan.
MAKLUMAT PENYERTAAN
- Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Langat dan Putrajaya.
- Penyertaan adalah secara berkumpulan: 3 orang dalam 1 kumpulan
- Yuran penyertaan adalah percuma
- Hadiah:
- Tempat pertama: pingat emas, hamper dan sijil
- Tempat kedua: pingat perak, hamper dan sijil
- Tempat ketiga: pingat gangsa, hamper dan sijil
- 2 Hadiah saguhati: hamper dan sijil
Semua peserta: sijil penyertaan.
TUGASAN
Terdapat tiga jenis bentuk laluan geometri yang perlu ditempuhi iaitu:
- Segi tiga,
- Bulatan,
- Bentuk infiniti.
Bagi setiap bentuk ini pelajar perlulah memenuhi tugasan-tugasan yang ditetapkan seperti berikut:
- Letakkan kertas putih yang bercetak geometri yang disediakan pada permukaan rata. Kemudian letakkan robot pada garisan permulaan seperti dalam gambarajah yang dicetak.
- Robot hendaklah melalui garisan geometri yang ditetapkan hingga lengkap 1 pusingan tanpa berulang.
- Apabila lengkap 1 pusingan, robot itu hendaklah berhenti dan mempamerkan jawapan berikut pada skrin yang disambungkan pada robot tersebut iaitu:
- Perimeter dalam unit cm.
- Luas Kawasan yang dilalui dalam unit cm2.
- Pastikan masa diambil ketika robot mula bergerak dan berhenti.
TATACARA LAPORAN VIDEO
- Video perlu dihantar dalam kongsian Google Drive menggunakan resolusi 720-1080P.
- Durasi maksimum video adalah 5 minit tanpa penyuntingan.
- Penyampaian hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
- Maklumat Projek iaitu Nama Kumpulan dan Nama Sekolah dimasukkan sebagai pengenalan video.
- Kandungan video perlulahringkas dan mudah difahami.
- Setiap kumpulan dikehendaki memberikan:
- metodologi / penerangan ringkas spesifikasi robot,
- kaedah pengiraan dalam pengaturcaraan pada robot.
- rakaman robot melaksanakan ketiga-tiga halangan dalam masa kurang dari 60 saat bagi setiap satu halangan.
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Disember 2023.