
PENGENALAN
Math Treasure Hunt @Science UPM merupakan satu program yang dijalankan oleh Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), bersempena dengan sambutan Hari Matematik Sedunia atau International Day of Mathematics (IDM) peringkat Fakulti Sains, UPM. Program ini akan disertai oleh para pelajar darjah 4 hingga 6 di mana mereka akan menyelesaikan pelbagai masalah matematik sebagai petunjuk untuk mencari harta tersembunyi. Tidak hanya meningkatkan kemahiran matematik, program ini juga menggalakkan kerjasama pasukan dan pemikiran kritis.