Skip to content
Menu
  • HOME
  • ACTIVITIES
    • M-BOT Challenge
    • Math Invention, Innovation & Design Competition
      • Rules And Regulations
      • Template For Abstract & Concept Paper
      • Submission
      • Judging Criteria
      • Fees
    • Math Treasure Hunt @Science UPM
    • “Playing with Math” bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur
  • COMMITTEE

“Playing with Math” bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur

Posted on May 27, 2022September 25, 2023

Pengenalan

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) berkonsep memberi perkhidmatan pendidikan formal dengan modifikasi kurikulum dan pengoperasian sekolah yang bersesuaian dengan keadaan setempat, situasi serta kebajikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir. Umum cakna, kategori murid yang diterima masuk ke SBJK merupakan kanak-kanak jalanan, kanak-kanak terpinggir, kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar. Latar belakang keluarga murid terdiri daripada anak-anak pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar-kacir,tidak mempunyai tempat tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar. Sehubungan dengan itu, aktiviti IDM2024 ini merupakan satu platform pendedahan kepada kategori kanak-kanak ini untuk melaksanakan aktiviti menarik berkisar playing with math bersesuaian dengan tahap kemampuan dan diharap dapat menarik minat mereka untuk lebih yakin dalam mendapatkan pendidikan secara formal di SBJK.

Objektif Program

Aktiviti “Playing with Math”  ini diharap dapat mencapai objektif-objektif berikut;

  1. meningkatkan keupayaan murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam bentuk aktiviti dan mampu membuat hubung kait pembelajaran dengan alam sekeliling dan kehidupan.
  2. memberi pendedahan murid keseronokan mempelajari subjek matematik dengan permainan yang disediakan.
  3. merangsang keyakinan murid dan kreativiti dalam pembelajaran berkonsepkan Matematik supaya dapat diaplikasikan sewaktu pembelajaran secara formal di SBJK.

Pelaksanaan Aktiviti Sempena IDM2024

Nama Aktiviti              : Playing with Math Bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Sasaran Peserta         : Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sentul,KL

Tempoh/Tarikh            : 26 Januari 2024

Aktiviti-aktiviti ini akan dikendalikan menerusi lantikan ketua seperti berikut:

BilKetuaNama Permainan
1.Dr. Risman Mat HasimTari Menari Math
2.Dr. Witriany BasriBentuk Geometri
3.Dr. Faridah YunosKelarai Jadual Berlipat dan Kad Tetingkap Timbul
4.Dr. Siti Mahani MarjugiInteraktif Penambahan dan Penolakan

Activities

  • M-BOT Challenge
  • Math Invention, Innovation & Design Competition
  • Math Treasure Hunt @Science UPM
  • "Playing with Math" bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur
©2026 | WordPress Theme by Superb WordPress Themes